Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Author: lau

Covid-19: 37 kes baharu hari ini, 1 kematian

Posted on Mei 19, 2020 by lau

LEKUK jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kian mendatar dengan merekodkan 6,978 kes keseluruhan selepas hanya mencatatkan pertambahan 37 kes baharu, hari ini. Pertambahan kes baharu Covid-19 negara juga terus mencatatkan angka dua digit dengan kali terakhir jangkitan tertinggi dilaporkan pada 3 Mei yang merekodkan 122 kes dan 105 kes sehari sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan,…

Read more

Polis, ATM periksa rumah di hari raya [METROTV]

Posted on Mei 19, 2020 by lau

POLIS dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan rondaan di kawasan perumahan serta kediaman pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan seperti penjarakan sosial ketika berhari raya. “Sewaktu perayaan…

Read more

Bekas ahli Al-Ma’unah khatam al-Quran 160 kali [METROTV]

Posted on Mei 19, 2020 by lau

“SEJAK 20 tahun menjalani hukuman penjara, saya sudah khatam al-Quran lebih 160 kali,” kata Awie, 49, (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Penjara Marang, hari ini. Anak kelahiran Hulu Terengganu itu menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Ma’unah pada 2000….

Read more

Mahkamah benar lucut hak RM600,000 daripada Riza Aziz

Posted on Mei 19, 2020 by lau

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk melucutkan hak wang tunai hampir RM600,000 daripada Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai oleh Riza dengan pihak pendakwaan bagi membolehkan dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan pengubahan wang…

Read more

Pos Malaysia tetap lindungi 15,000 kakitangannya

Posted on Mei 19, 2020 by lau

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dalam proses transformasi untuk memulihkan perniagaannya dan memastikan masa depan pekerjanya dilindungi walaupun terjejas dengan penularan Covid-19. Penyedia perkhidmatan pos nasional itu berkata, dengan pelan transformasi berjalan lancar dan situasi bertambah baik, pihaknya akan memastikan ganjaran yang lebih baik kepada kakitangannya. “Ketika ini, perniagaan sedang menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu…

Read more

Rentas negeri tanpa permit, buru hingga ke rumah

Posted on Mei 18, 2020 by lau

PIHAK berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri. Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan…

Read more

Usah takut mengimamkan solat Aidilfitri nanti

Posted on Mei 18, 2020 by lau

LELAKI yang berhasrat mengimamkan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga di rumah dinasihatkan supaya tidak takut seandainya melakukan kesilapan bukan disengajakan ketika menunaikannya menjelang 1 Syawal nanti. Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, ia kerana kesilapan kali pertama itu perkara biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran. Menurutnya, solat sunat Aidilfitri juga memadai diadakan mengikut…

Read more

Ustaz diugut disihir

Posted on Mei 18, 2020 by lau

BERDEPAN dengan ugutan oleh pihak tertentu, melalui jalan berbukit serta tanah merah, malah menempuh perjalanan menerusi sungai berarus deras tidak sedikit pun mematahkan semangat sekumpulan pendakwah ini untuk terus membantu golongan memerlukan tidak mengira agama atau bangsa. Berpegang kepada hadis Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan salam, memberi makanan dan menghubungkan kasih sayang menjadi penguat untuk…

Read more

Jodoh dipisah ajal

Posted on Mei 18, 2020 by lau

“ARWAH Nurul Ain Natasha Mazlan, 26, sempat menyerahkan kad undangan majlis perkahwinannya kepada saya awal Mac lalu. Namun majlis itu terpaksa ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan kerajaan,” ujar Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sepang, Azli Muhidin. Menurutnya, walaupun majlis perkahwinan sepatutnya diadakan 28 Mac lalu terpaksa ditunda namun Nurul Ain langsung tidak…

Read more

Bayi kritikal ‘ambil’ kokain

Posted on Mei 18, 2020 by lau

Buenos Aires: Seorang bayi berusia 10 bulan berada dalam keadaan kritikal kesan daripada pengambil kokain yang berlebihan. Mirror.co.uk melaporkan doktor mengesan kokain di dalam darah bayi perempuan berkenaan dipercayai dipindahkan melalui susu ibunya. Media tempatan melaporkan susulan itu seorang wanita berusia 30 tahun dikenali sebagai Yamila R dan pasangannya Ismael A, 38, ditahan. Ibu bayi…

Read more

Teringin watak aksi

Posted on Mei 18, 2020 by lau

TUTUR katanya yang memang lembut apabila berbicara membuatkan ramai lelaki terpaut. Namun siapa sangka di sebalik kelembutannya, pelakon cantik Shiqin Kamal memiliki hati yang kental. Shiqin atau nama sebenar Nur Ashiqin Mohd Kamal, 29, meminati aktiviti lasak dan kini menyertai aktiviti ‘boxing’ Muay Thai. “Saya mula sertai aktiviti ini sejak Mac tahun lalu sebagai cara…

Read more

‘Lebih baik saya jadi pembangkang’ [METROTV]

Posted on Mei 17, 2020 by lau

“LEBIH baik saya menjadi pembangkang daripada menyertai satu gagasan politik yang dicemari skandal antarabangsa dan saya tidak tergamak mengkhianati mandat yang diberi rakyat,” kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa hari ini. Menurutnya, beliau berpegang kepada pendirian berprinsip bapanya, Tun Dr…

Read more

Sanusi MB Kedah ke-14 [METROTV]

Posted on Mei 17, 2020 by lau

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 dan majlis pelantikannya akan dibuat hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan melantik Muhammad Sanusi selepas menerima peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Katanya, baginda turut menerima…

Read more

‘Saya hilang kepercayaan majoriti Adun’ – Mukhriz

Posted on Mei 17, 2020 by lau

DATUK Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta. Ini berikutan beliau kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah. “Saya telah sembah maklum kepada Sultan Kedah bahawa saya telah kehilangan kepercayaan majoriti Adun,” katanya dalam sidang media hari ini. Beliau berkata, dengan peletakan jawatan itu, semua jawatan Exco negeri…

Read more

Tak sempat hantar kuih raya

Posted on Mei 17, 2020 by lau

“JIKA ikutkan mereka dalam perjalanan menghantar kuih raya kepada tok wan mereka yang tinggal di Besut,” kata bapa mangsa, Azman Awang, 58. Dua anak Azman iaitu Amirah Faqihah, 18, dan Aishah Asmaa, 14, maut di tempat kejadian manakala Aidil Wajdi, 17, serta Arif Muzammil, 16, parah selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan Kampung Bahagia, di…

Read more

Covid-19 boleh berjangkit melalui mata

Posted on Mei 17, 2020 by lau

KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, saranan penjarakan satu meter penting bagi mengelakkan virus berjangkit melalui mata. “Virus (Covid-19) boleh masuk ke dalam mata, oleh itu elakkan tangan daripada selalu menyentuh muka dan mata,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini. Dalam perkembangan lain, Kementerian…

Read more

Kebimbangan Dr Noor Hisham

Posted on Mei 17, 2020 by lau

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan masyarakat bahawa tindakan rentas negeri untuk tujuan menyambut Aidilfitri boleh mengundang padah dan menyebarkan semula wabak Covid-19. Menurutnya, sehingga hari ini sebanyak 971 kes positif Covid-19 atau 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 6,894 kes direkodkan mempunyai sejarah merentas negeri. “Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah…

Read more

Covid-19: Tiada kematian, 22 kes baharu

Posted on Mei 17, 2020 by lau

TIADA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes. Beliau turut memaklumkan sehingga 12 tengah hari, terdapat 22 kes baharu yang dilaporkan…

Read more

Sebab apa saya disalahkan? – Najib Razak

Posted on Mei 17, 2020 by lau

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah disebabkan oleh beliau. Najib menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini, turut mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Jerlun itu berbohong. “Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini (Mukhriz) hilang kerja? “Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)…

Read more

‘Najib Razak dalang utama’ – Mukhriz

Posted on Mei 17, 2020 by lau

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi watak utama penyebab Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua. Mukhriz berkata, walaupun arahan menjatuhkan beliau datangnya dari Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun beliau percaya kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH)…

Read more
  • Previous
  • 1
  • …
  • 382
  • 383
  • 384
  • 385
  • 386
  • 387
  • 388
  • …
  • 414
  • Next

Kiriman Terkini

  • JE Cleantech (Nasdaq: JCSE) Takes Major Step towards Carbon Neutrality with the Installation of Solar PV Systems
  • PlayStation, Nintendo, Xbox Will Be Absent For E3 2023
  • HONOR Magic5 Series To Be Unveiled On 27 February During MWC 2023
  • NVIDIA GeForce RTX 4090 Ti Rumoured To Have 18176 CUDA Cores, 24Gbps Memory
  • Drink Crystal Clear Water With The LG PuriCare™ Self-Service Tankless Water Purifier!

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.