Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

SPRM terima laporan dakwa Tun Daim rasuah

Posted on Mac 30, 2020 by lau

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Laporan itu dikatakan berhubung pemberian kontrak membabitkan rundingan semula projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Bakri, ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya mengesahkan menerima satu laporan berhubung perkara itu.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat tambahan ketika ini,” katanya.

Difahamkan laporan terhadap bekas menteri kewangan itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sebelum ini, kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memaklumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion akan dilaksana dan dilancarkan semula pada 25 Julai tahun lalu.

Kiriman Terkini

  • Jeneral Amerika teratas lancar serangan terakhir pada ‘diktator wannabe’
  • Inflasi Eurozone yang Melambat Membangkitkan Persoalan mengenai Rancangan Kenaikan Kadar ECB
  • Kenali Solar Anda: Perjalanan Multi-Generasi Meneroka Keajaiban Solar Dalam Memberdayakan Komuniti dan Memerangi Perubahan Iklim
  • Anti-Trump Republicans gagal meyakinkan pengundi – NYT
  • Pemain bola sepak ‘selamat’ selepas mengancam untuk meloncat dari jambatan – media

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • kewangan
  • Perniagaan
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.