Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Ayam madu tempayan dengan ramuan gula apong dapat sambutan di Sibu

Posted on Mei 3, 2020 by hwa
Tidak sanggup menghentikan permintaan pelanggannya, Abang Zulfakar Abang Ahmad tetap meneruskan perniagaan menjual ayam madu tempayan walaupun dalam tempoh PKP. -Gambar Astro AWANI

SIBU: Kelazatan ayam madu tempayan yang diusahakan oleh Abang Zulfakar Abang Ahmad berjaya menambat hati penduduk di sekitar Sibu yang tidak putus-putus melakukan tempahan dengannya.

Menurut Abang Zulfakar yang telah berkecimpung sebagai usahawan kecil sejak sekian lama, inspirasi ayam madu tempayan ini merupakan inspirasi dari kunjungannya ke Thailand sebelum ini. 

Jelas beliau ketika ditemu bual Astro AWANI, ayam panggang tersebut mempunyai rasa yang cukup enak kerana disediakan dengan ramuan istimewa iaitu dengan gabungan madu dan gula apong.

Beliau memberitahu, kedua-dua bahan tersebut dilumurkan ke atas ayam yang dijual selain diperap dengan sos istimewa.

“Ayam dimasak dalam masa satu jam dan kemudian dari segi penjagaan bara api ianya tidak rumit,” katanya.

Tambahnya lagi, proses tersebut akan menaikkan tekstur dan aroma ayam yang memikat selera.

Selain itu, Abang Zulkfakar melihat kesukaran yang dihadapi peniaga ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai ‘pintu rezeki’ buatnya menjana tempahan.

Ini kerana, dia dan rakan peniaga lain memanfaatkan penggunaan platform digital seperti Whatsapp dan Facebook bagi memudahkan urusan jual beli selain ianya lebih efisyen buat pelanggan.

“Jadi kita telah melakukan sedikit perubahan dari segi penjualan di mana prosedurnya dilakukan secara atas talian,” katanya.

Ujar beliau, sambutan bagi perniagaannya sangat memberansangkan sehinggakan tempahan perlu dilakukan dengan lebih awal kerana ayam madu tempayan yang dijualnya cepat habis.

Kiriman Terkini

  • Vistar Holdings Hits Record High Annual Revenue Up by 32.8% Y-o-Y
  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.