Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Bekerja dari rumah: Sukar untuk asingkan kerja dengan aktiviti peribadi

Posted on Mei 6, 2020 by hwa
Kajian oleh syarikat keselamatan siber dunia, Kaspersky mendedahkan beberapa dapatan menarik apabila pekerja menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran profesional baharu di rumah susulan pandemik COVID-19. – Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kajian oleh syarikat keselamatan siber dunia, Kaspersky pada Selasa mendedahkan beberapa dapatan menarik apabila pekerja menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran profesional baharu di rumah susulan pandemik COVID-19.

Dalam laporan bertajuk "How COVID-19 changed the way people work" memaklumkan bahawa 55 peratus pekerja berkata mereka kini membaca lebih banyak berita sejak mula bekerja dari rumah untuk terus dikemas kini dengan perkembangan terbaharu COVID-19.

Bagaimanapun, 60 peratus daripada aktiviti ini dilakukan pada peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja yang berkemungkinan terdedah kepada jangkitan perisian berbahaya sekiranya pekerja tidak menumpukan perhatian kepada sumber dan laman web yang dilawati mereka, menurut sinopsis laporan itu yang dikeluarkan pada Selasa.

Juga separuh (51 peratus) daripada mereka yang bekerja dari rumah mula menonton lebih banyak kandungan mengenai orang dewasa dan mengaku mengguna peralatan sama yang digunakan untuk tujuan kerja.

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Kaspersky, Andrey Evdokimov berkata, ini jelas menunjukkan bahawa pertubuhan tidak perlu memenuhi semua permintaan pengguna seperti membenarkan petugas menggunakan sebarang perkhidmatan mengikut sesuka hati dan adalah perlu mencari satu keseimbangan antara keselesaan pengguna, keperluan perniagaan dan keselamatan.

"Sesebuah syarikat perlu menyediakan akses kepada perkhidmatan berdasarkan prinsip hanya perbekalan minimum, keistimewaan yang diperlukan, pelaksanaan VPN, dan menggunakan keselamatan dan sistem korporat yang diluluskan. Jenis perisian seumpama mungkin mempunyai beberapa batasan yang mengurangkan sedikit kebolehgunaan, katanya dalam kenyataan.

Kaspersky mencadangkan pekerja mematuhi beberapa langkah seperti jadual latihan kesedaran keselamatan asas untuk pekerja, memastikan peranti, perisian, aplikasi dan perkhidmatan sentiasa dikemaskini dengan yang terkini dan disertakan dengan perisian perlindungan yang dijamin seperti Kaspersky Endpoint Security Cloud, pada semua titik akhir termasuk peranti mudah alih dan firewall.

Pekerja juga didapati meningkatkan tabiat menggunakan akaun peribadi mereka untuk tujuan bekerja – meningkatkan potensi risiko daripada bayangan IT, termasuk pendedahan kepada maklumat sensitif.

Contohnya, 42 peratus pekerja menggunakan akaun emel peribadi untuk perkara berhubung kerja, dan 49 peratus mengaku penggunaannya meningkat apabila bekerja dari rumah. Sebanyak 38 peratus menggunakan mesej peribadi yang tidak pernah diluluskan oleh jabatan IT mereka, dengan 60 peratus daripada mereka melakukannya lebih kerap dalam persekitaran baharu mereka.

Kajian itu dikendalikan oleh agensi penyelidikan Toluna di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Itali, Sepanyol, Jerman, Sweden, Russia, Mexico, Brazil dan Colombia, dan tindak balas tinjauan dikumpulkan dari 9-18 April, 2020. Seramai 6,017 responden, pekerja sepenuh masa atau separuh masa, terlibat dalam kajian itu di seluruh negara berkenaan.

— BERNAMA

Kiriman Terkini

  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022
  • Yew Lee Pacific Group Berhad Launches Prospectus for ACE Market IPO

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.