Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Cikgu Emmet jadi pembakar semangat murid luar bandar

Posted on April 18, 2020 by hwa
Sebagai seorang pendidik, Cikgu Emmet bertanggungjawab memastikan anak didiknya berjaya tidak kira apa jua cabaran dihadapi. – Foto Facebook / Motivasi Cikgu Emmet

SRI AMAN: Nama Cikgu Emmet atau Ahmad Faizal Osman tidak asing dalam kalangan warga pendidik di Sarawak.

Selain bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengurusan Akademik di Sekolah Rendah (SK) Pulau Seduku, Sri Aman, dia juga terkenal sebagai penulis blog melalui laman ‘Cikgu Emmet Menulis’.

Tulisannya dalam blog itu banyak memberi inspirasi kepada ramai pembaca dari pelbagai latar belakang.

Lebih khusus, cerita-cerita yang dikongsikannya adalah berdasarkan pengalaman sebenar dan realiti hidup masyarakat di Sarawak.

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Cikgu Emmet tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai pendidik di sekolah luar bandar.

Mendepani cabaran mengadaptasi cara kehidupan 'normal baharu', dia tidak terkecuali untuk tampil dengan cara tersendiri bagi memastikan anak didikannya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Di saat ramai pendidik meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui digital, Cikgu Emmet pula kekal dengan kaedah lama iaitu melalui cetakan bahan pembelajaran dan diedar kepada anak muridnya.

Namun, langkah itu tetap dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan penjarakan sosial.

Jelasnya, meskipun terdapat kekangan dari segi akses internet bagi mereka di luar bandar, PdP perlu diteruskan. Tanggungjawab berbakti untuk anak bangsa perlu diteruskan.

“Ada dalam kalangan guru-guru memberi tugasan menerusi WhatsApp. Mereka juga memberi lembaran kerja maksudnya latih tubi itu akan dicetak di rumah kemudian akan dihantar ke pondok pengawal sebelum wakil ibu bapa datang mengambilnya untuk diberikan kepada murid-murid di kampung,” kongsinya bersama Astro AWANI.

Tambah Cikgu Emmet lagi, perkara itu tidak menjadi masalah buatnya memandangkan beliau mengajar di Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu 28 orang murid di situ.

Usaha murni itu mendapat sokongan dan penghargaan dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Jelas mereka, wakil PIBG banyak membantu dalam menjayakan kaedah berkenaan.

Kiriman Terkini

  • Vistar Holdings Hits Record High Annual Revenue Up by 32.8% Y-o-Y
  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.