Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

COVID-19: Rakyat Amerika ‘borong’ kelengkapan gunting rambut, bercukur

Posted on April 14, 2020 by hwa
Orang ramai terpaksa membeli barang kelengkapan untuk menggunting rambut dan bercukur sendiri.

PADA peringkat awal wabak COVID-19 melanda, kedai-kedai di Amerika Syarikat melaporkan kerap kehabisan bekalan sabun pencuci tangan, cecair pembasmian kuman dan tisu tandas.

Kini selepas beberapa minggu, keperluan orang ramai sudah berbeza, apabila rangkaian pasar raya besar seperti Walmart melaporkan kehabisan bekalan gunting rambut dan pewarna rambut pula.

"Orang ramai tidak keluar rumah, kepentingan mereka sudah bertukar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Walmart, Doug McMillon, kepada CNN.

Salon rambut dan butik kecantikan ditutup, membuatkan orang ramai terpaksa membeli barang-barang yang diperlukan sendiri.

"Mereka kini membeli barang-barang untuk keperluan penjagaan diri. Ramai yang sudah rimas dan terpaksa potong rambut dan mencukur misai serta jambang sendiri," tambah McMillon.

Selain itu, pelanggan juga memilih untuk membeli permainan seperti permainan kad, board games dan papan susun suai untuk mengisi masa lapang.

Monique Campbell, pemilik sebuah butik rambut dan kecantikan di Dallas, memberitahu agak tertekan apabila terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh yang lama, tetapi dia memahami ia sesuatu yang perlu dilakukan.

"Kalau minta penata rias datang ke rumah anda sekalipun, ia masih berisiko tinggi.

"Saya tidak mahu dijangkiti atau menjangkiti orang lain semata-mata hanya kerana mahu memastikan rambut anda nampak cantik," katanya.

Kiriman Terkini

  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022
  • Yew Lee Pacific Group Berhad Launches Prospectus for ACE Market IPO

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.