Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Hadkan penggunaan media sosial ketika PKP, bantu kurangkan kerisauan pandemik – Pakar

Posted on Mac 28, 2020 by hwa
Orang ramai disaran agar mengehadkan penggunaan media sosial terutama dalam mendapatkan informasi berkenaan pandemik COVID-19. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Susulan lanjutan tempoh 'duduk di rumah', orang ramai disaran agar mengehadkan penggunaan media sosial terutama dalam mendapatkan informasi berkenaan pandemik COVID-19.

Pakar Psikologi Klinikal yang juga Pembantu Profesor Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Jamilah Hanum Abdul Khaiyom berkata, situasi berdepan pandemik boleh meningkatkan kerisauan (anxiety) dalam diri terutama apabila terlalu mudah percaya dengan maklumat-maklumat yang dikongsi di media sosial.

Ini boleh dilakukan orang ramai ketika ini termasuk dengan menetapkan dua kali sehari sahaja dalam mendapatkan informasi terkini dari sumber yang betul.

“Elakkan membaca dan berkongsi sumber yang belum diketahui kesahihannya kerana ia boleh meningkatkan rasa bimbang dalam diri dan orang lain.

“Untuk menjaga kesihatan mental, lakukan apa yang disarankan oleh kementerian sahaja seperti langkah-langkah pencegahan dan penjarakan sosial,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Khamis.

Namun, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak berlebih-lebihan ketika mengamalkan langkah pencegahan.

“Kalau kita berlebih-lebihan buat perkara yang mungkin tidak disarankan, ia akan melawan produktif (counter-productive) di mana ia boleh meningkatkan lagi kebimbangan terhadap sesuatu perkara.

“Selain itu, orang ramai juga perlu menjadikan gaya hidup baharu ini sebagai rutin bagi memberi struktur kepada kehidupan harian. Kehidupan yang berstruktur dapat membantu kita untuk mengawal sesuatu keadaan,” katanya.

Mengulas situasi rakyat Malaysia yang perlu bertugas dari rumah (work from home), beliau berkata, penting untuk mereka tahu bagaimana untuk menguruskan konflik kerja dan keluarga.

“Dalam memastikan kesihatan mental kita terjaga semasa bekerja, individu disarankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mengganggu tumpuan ketika bertugas khususnya yang berkeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan sokongan psikososial sekiranya didapati tahap kerisauan mereka menganggu fungsi hidup.

Beliau berkata demikian mengulas perintah kerajaan melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini.

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.