Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

KL Standard Chartered Marathon 2020 dibatalkan

Posted on April 7, 2020 by hwa
Peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Acara tahunan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2020 dibatalkan.

Perkara ini diumumkan penganjur KLSCM, Dirigo Events.

"Memandangkan situasi penularan wabak COVID-19 yang semakin teruk, Dirigo Events dengan ini mengumumkan pembatalan acara KLSCM 2020," kata penganjur dalam satu kenyataan.

Acara tersebut sepatutnya diadakan pada 13 dan 14 Jun ini.

Penganjur berkata peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan. 

KLSCM 2021 akan diadakan sekitar tarikh yang sama, iaitu minggu kedua bulan Jun 2021.

Namun penganjur perlu menunggu keputusan dan kebenaran pihak berkuasa tempatan sebelum mengumumkan tarikhnya nanti.

Penganjur turut memaklumkan semua acara sampingan KLSCM — termasuk klinik larian, pengambilan baju (Race Entry Pack Collection), dan Ekspo Gaya Hidup Aktif — juga dibatalkan. 

Acara amal Run For A Reason akan diteruskan hingga 14 Mei dan semua dana terkumpul akan terus disalurkan kepada badan-badan amal yang telah diumumkan sebelum ini. 

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.