Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Kondom, kit ujian kehamilan laku keras waktu PKP – Kajian iPrice Group

Posted on Mei 5, 2020 by hwa
Hasil kajian juga menyaksikan peningkatan ke atas alat keperluan dapur seperti alat pembuat roti, air fryer dan ketuhar antara 1,058 peratus dan 7,587 peratus. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat memberi ruang kepada kebanyakan suami untuk 'menikmati' kehidupan dengan pasangannya apabila satu kajian baru-baru ini menunjukan carian kondom dalam platform secara talian meningkat kira-kira 61 peratus dalam tempoh berkenaan. 

Selain kondom antara produk yang mencatatkan lonjakan dalam pencarian sejak PKP bermula adalah kit ujian kehamilan yang menyaksikan peningkatan sebanyak 79 peratus.

Penyedia perbandingan produk dan harga di Asia Tenggara, iPrice Group yang menjalankan kajian itu berpendapat rakyat Malaysia  berkemungkinan memenuhi kebosanan terkurung di rumah dengan  menghiburkan pasangan masing-masing

"Pun begitu adalah sesuatu yang tidak hairan ketika penularan COVID-19 apabila carian ke atas produk kategori kesihatan seperti topeng muka dan hidung meningkat hampir 648 peratus," kata kenyataan itu. 

Dalam pada itu, perubahan dalam tingkah laku belian juga mula menunjukkan rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri kepada situasi kehidupan baharu apabila carian ke atas alat menggunting rambut untuk tujuan trimming menyaksikan peningkatan sehingga 17,652 peratus pada pertengahan bulan Mac.

Sementara itu, kenyataan itu menyebut PKP juga dilihat mengalakkan aktiviti sukan di dalam rumah apabila carian ke atas yoga mat dan tali skipping  meningkat antara 1,016 peratus sehingga 5,528 peratus.

Hasil kajian juga menyaksikan peningkatan ke atas alat keperluan dapur seperti alat pembuat roti, air fryer dan ketuhar antara 1,058 peratus dan 7,587 peratus.

Kajian yang dijalankan dengan mengambil hampir satu juta pengunjung iPrice Malaysia itu dijalankan pada 18 Mac hingga 17 April lalu selepas melihat lanskap pembelian secara dalam talian memperlihatkan perubahan yang ketara.

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.