Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Lebih satu juta tontonan, video berbasikal inikah yang disebut PM?

Posted on April 21, 2020 by hwa
Video mencuit hati menyaksikan Harun Din Kamsaini berlumba dengan anak patung milik adiknya dan berjaya menarik perhatian orang ramai termasuk Perdana Menteri. -Gambar SukaSuka

KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pelbagai ragam netizen di platform media sosial.

Memetik kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ada yang berbaju kelawar, ada yang mengubah suaranya menjadi lagu rap dan tidak kurang juga mereka yang berbasikal di rumah.

Bagi anak Sarawak, Harun Din Kamsaini, dia menggunakan masa itu untuk tampil kreatif dengan merakamkan sebuah video pendek berbasikal di dalam rumah dan dikongsi dalam laman Facebook SukaSuka.

“Saya berseorangan di rumah dan hanya ditemani oleh barang mainan adik saya. Jadi, saya telah merakamkan video tersebut hanya untuk menghilangkan kebosanan,” kata Harun ketika ditemu bual SukaSuka.

Katanya, dia tidak menyangka video tersebut tular sehingga menyebab ia menjadi sebutan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya sebelum ini.

“Idea ini datang secara spontan. Ianya kelihatan senang, namun apabila saya mula merakamkan beberapa babak, saya sedar ianya amat sukar khususnya babak dimana saya jatuh. Bagaimanapun, melihat ianya ditonton oleh ramai orang membuatkan segala usaha itu berbaloi,” tambahnya.

Video berdurasi 50 saat itu kini telah mencecah satu juta tontonan dengan lebih 4,000 perkongsian di laman tersebut hanya dalam masa dua minggu.

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.