Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Nasihat untuk rakyat Malaysia melalui runut bunyi filem, Ratatouille

Posted on Mac 26, 2020 by hwa
Alia berharap menerusi lagu yang ditulis dalam tempoh satu jam itu dapat membantu kerajaan dalam memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia – Foto Instagram / @aliahish

KUALA LUMPUR: Siapa yang pernah menonton animasi Ratatouille, terbitan Disney pasti biasa dengan runut bunyi Le Festin nyanyian Camille.

Apatah lagi lagu itu selalu digunakan oleh pengguna aplikasi TikTok untuk membuat video-video yang menarik.

Apa yang menariknya, apabila seorang pengguna media sosial, Alia Hishamudin  telah mengubah lirik lagu tersebut untuk disesuaikan dengan isu COVID-19.

Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk menulis lagu berkenaan daripada rakyat Malaysia sendiri.

Menerusi lagu yang berdurasi 1.20 minit itu, Alia Hishamudin telah mengingatkan kepada semua yang menonton videonya untuk menjaga jarak, basuh tangan dan yang paling penting sekali kekal berada di rumah.

Tambahnya, dia berharap menerusi lagu yang ditulis dalam tempoh satu jam itu dapat membantu kerajaan dalam memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.

" Sila ikut peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan ya, mereka berusaha sebaik mungkin untuk menjaga keselamatan kita, Tolong ya," katanya di laman Twitter.

Pada masa sama, menurut graduan Universiti Malaya Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Muzik) Penyelidikan Pendidikan melalui lagu ini dia merakamkan penghargaannya kepada petugas barisan hadapan yang berkorban untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dari dijangkiti wabak COVID-19.

Rakyat Malaysia harus #DudukRumah dan #KekalTenang untuk kita sama-sama #HapusCOVID19

Kiriman Terkini

  • Vistar Holdings Hits Record High Annual Revenue Up by 32.8% Y-o-Y
  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.