Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

PKPB: Penggiat e-dagang patuhi SOP, amalkan langkah pencegahan

Posted on Mei 5, 2020 by hwa
Sejurus pesanan diterima dan transkasi pembayaran sudah disahkan, amalan penghantaran tanpa sebarang sentuhan atau berurusan langsung dengan pelanggan dijaga. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kalangan penggiat e-dagang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan meneruskan langkah-langkah pencegahan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), demi keselamatan kesihatan pekerja dan pembeli.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata keadaan masih terlalu awal untuk mengulas perkembangan yang bermula hari ini kerana syarikat terbabit juga perlu meneliti pengumuman kerajaan Persekutuan mahu pun kerajaan negeri.

"Pendirian kami jelas — mematuhi garis panduan dan beroperasi mengikut ketetapan undang-undang dan pada masa sama melaksanakan semua langkah pencegahan demi pekerja dan pembeli," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, langkah itu termasuk proses pembasmian kuman di peringkat gudang dan hab yang mana kemudahan di Malaysia dinyahkuman setiap hari sebelum bermulanya syif kerja dan pemeriksaan suhu harian pekerja dan penghantar Shopee Express sebelum memasuki gudang dan/atau sebelum memulakan rutin penghantaran mereka.

Shopee turut mewajibkan mereka menggunakan penutup hidung dan mulut sepanjang masa selain penggunaan cecair pembasmi kuman pada tangan sebelum mengendalikan sebarang bungkusan.

"Semua bungkusan dinyahkuman sebelum dikeluarkan daripada gudang dan/atau hab untuk tujuan penghantaran. Malah, melangkaui garis panduan standard, semua bungkusan akan dinyahkuman sekali lagi sebelum dihantar kepada pelanggan," katanya.

Pada masa sama, Shopee turut mengamalkan penghantaran tanpa sebarang sentuhan atau berurusan langsung dengan pelanggan.

"Bungkusan itu akan diletakkan di depan pintu, peti surat atau lobi bangunan bagi mengelak sebarang pertembungan dalam proses itu. Bagi penghantaran lain, penghantar akan mengamalkan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter dengan pembeli. Tiada sebarang tanda tangan diperlukan bagi pengesahan penerimaan bungkusan," katanya.

Sementara itu, Lazada Malaysia berkata ia berusaha untuk meneruskan operasi seperti biasa dan mengekalkan kelancaran perkhidmatan logistik bagi memenuhi keperluan komuniti.

Menurutnya, adalah menjadi tanggung jawab peneraju platform e-dagang itu untuk berkhidmat kepada negara ini menerusi usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi ketika tempoh sukar dengan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana seperti pelan rangsangan Lazada Pakej Kedai Pintar.

"Perniagaan luar talian terutamanya mereka yang terjejas akibat penutupan bazar tahun ini, dapat mendigitalkan perniagaan dan berniaga secara dalam talian dengan memanfaatkan kemudahan logistik menyeluruh Lazada.

"Bagi Ramadan ini misalnya, terdapat lebih daripada 15 pengusaha makanan telah dipilih untuk menawarkan makanan sedia dimakan untuk kemudahan berbuka puasa pelanggan ketika kempen Salam Mubarak Lazada selama sebulan," kata jurucakap Lazada Malaysia ketika dihubungi, hari ini.

— BERNAMA

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.