Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Saksikan kemunculan fenomena Supermoon terakhir tahun ini!

Posted on Mei 6, 2020 by hwa
Perbezaan Super Flower Moon ialah ia akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa. -Foto fail

BERSIAP sedia untuk menantikan kemunculan fenomena bulan purnama gergasi atau Super Flower Moon untuk kali keempat dan terakhir buat tahun ini.

Fenomena bulan purnama sepenuhnya itu dijangka akan muncul pada Khamis, 7 Mei, ini pada jam 7.18 malam (waktu Malaysia) iaitu apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala.

Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena ini akan mula dapat dilihat bermula Selasa sehingga Jumaat, 8 Mei.

Pada Mac lalu, warga dunia telahpun melihat kemunculan Supermoon yang dikenali sebagai Worm’s Moon dan diikuti Pink Moon pada April.

Namun, perbezaan Super Flower Moon ialah ia akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa.

Supermoon atau bulan purnama gergasi ini juga memiliki nama-nama lain seperti Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon).

Lebih menarik lagi, Super Flower Moon ini juga dikenali sebagai Bulan Festival Wesak bersempena dengan kelahiran Gautama Buddha serta permulaan musim bunga yang subur.

Istilah "Supermoon" berasal dari seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee, atau titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.

Fenomena ini berlaku apabila bulan mendekati Bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer. Dengan itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa.

BACA: Supermoon terbesar, paling terang malam ini

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena Supermoon ini pada minggu ini. Kemunculan Supermoon yang seterusnya pula dijangka pada 27 April 2021 dan 26 Mei 2021.

Kiriman Terkini

  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022
  • Yew Lee Pacific Group Berhad Launches Prospectus for ACE Market IPO

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.