Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

2 loji air dihenti tugas, gangguan air lagi di Selangor

Posted on Oktober 4, 2020 by lau

Shah Alam: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya berikutan insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji berkenaan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, henti tugas loji ini akan menyebabkan 273 kawasan terjejas, membabitkan 309,605 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Gangguan ini membabitkan empat wilayah iaitu Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

“Air Selangor sudah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Elina berkata, Air Selangor sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna yang terjejas berikutan insiden ini.

“Pada masa ini kami masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Sila rujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Facebook Twitter, Instagram Air Selangor dan laman sesawang kami www.airselangor.com untuk maklumat bekalan air yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.