Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

2 lokasi di Lahad Datu kena PKPD [METROTV]

Posted on Oktober 11, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Taman Khazanah Indah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Mutiara Kasih di Lahad Datu, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Selasa.

Kerajaan turut melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Belud dalam tempoh sama, sehingga 26 Oktober.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang, hari ini bagi membendung penularan Covid-19.

Katanya, ia juga untuk membolehkan petugas kesihatan melaksana aktiviti saringan bersasar ke atas 5,452 penduduk Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih, selain penduduk di Kota Belud.

“Dengan pelaksanaan perintah PKPD, semua penduduk Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing, sementara petugas kesihatan akan melakukan saringan bersasar sepanjang tempoh itu.

“Bekalan keperluan makanan pula akan diagihkan kerajaan Sabah yang dikoordinasi oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri. Semua laluan keluar masuk PKPD juga ditutup.

“Bagaimanapun, bagi kes kecemasan seperti kematian, sakit dan sebagainya, penduduk boleh mengemukakan permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk keluar dari kawasan,” katanya pada sidang media secara virtual di sini, hari ini.

Menurutnya, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pihak lain diberi kuasa akan mengawal lokasi berkenaan bagi memastikan kepatuhan penduduk terhadap perintah itu.

Bagi Kota Belud yang dikenakan PKPB, Ismail Sabri berkata, MKN membenarkan dua orang dalam setiap isi rumah untuk keluar membeli barang keperluan di kedai runcit mahupun kedai makan dan farmasi.

Katanya, sepanjang tempoh itu hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian dalam sektor dibenarkan sahaja dibolehkan beroperasi.

Penduduk dinasihat sentiasa merujuk MKN untuk maklumat lanjut berkenaan perintah terbabit.

FOTO Bernama
FOTO Bernama

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
    • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
    • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
    • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
    • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.