Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

207 pelajar MRSM keracunan makanan

Posted on Oktober 20, 2020 by lau

Jelebu: Seramai 207 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang mengalami keracunan makanan bermula awal pagi tadi dan empat pelajar dimasukkan ke wad Hospital Jelebu.

Pengerusi JawatankuasaPelaburan, Perindustrian, Keusahawan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohammad Rafie Abd Malek berkata, pelajar tingkatan satu hingga lima itu mengalami cirit-birit dan loya bermula 2 hingga 4 pagi.

“Sama ada ia membabitkan makan malam atau minum petang atau faktor lain akan diketahui sebaik sahaja pelbagai sampel jenis makanan yang dihantar ke makmal diketahui dalam tempoh dua minggu.

“Berikutan itu dewan makan MRSM berkenaan disita selama dua minggu bagi tujuan pemeriksaan dan perkhidmatan makanan bagi 724 pelajardibekalkan oleh kontraktor makanan bertauliah dilantik pejabat kesihatan.

“Dakwaan orang ramai yang menyatakan pengusaha kantin baru berkhidmat juga adalah tidak benar kerana sudah lebih dua tahun menjalankan perkhidmatan kepada pelajar,” katanya pada sidang media diperkarangan MRSM Kuala Klawang selepas mengadakan lawatan dan meninjau keadaan pelajar.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Bakri Sawir.

Katanya keadaaan empat pelajar yang dimasukkan ke wad adalah stabil dan akan dibenarkan keluar esok sekiranya kesihatan pelajar berkenaan memuaskan malah berharapibu bapa tidak perlu bimbang mengenai tahap kesihatan anak mereka berikutan keadaan adalah terkawal.

“Buat masa ini pelbagai faktor kejadian keracunan makanan boleh berlaku dan tidak adil untuk menyalahkan pada satu pihak sahaja sehinggalah analisa keputusan makmal daripada sampel makanan diperolehi,” katanya.

Dr Mohammad Rafie berkata, sesi pengajaran dan pembelajaran di MRSM itu berjalan seperti biasa.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.