Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

293 kes baharu Covid-19 hari ini

Posted on Oktober 4, 2020 by lau

Putrajaya: Penularan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 293 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 12,381 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 1,961 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 293 kes baharu dilaporkan itu, hanya satu kes import yang tiba dari Bangladesh, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 292 kes penularan di dalam negara, 269 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 23 kes bukan warganegara.

Katanya, daripada kes penularan dalam negara itu juga, 30 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah, ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September sebanyak 206 kes.

“Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara paling tinggi direkodkan di Sabah dengan 126 kes diikuti Kedah (113 kes) dan Selangor (31 kes).

“Penularan Covid-19 di negeri lain dilaporkan di Johor (8 kes), Labuan (5 kes), Kuala Lumpur (2 kes), Negeri Sembilan (2 kes), Perak (2 kes), Pulau Pinang (1 kes), Kelantan (1 kes) dan Sarawak (1 kes),” katanya melalui kenyataannya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ada 67 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,283 kes.

“Sehingga kini, 28 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 137 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Kiriman Terkini

    • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
    • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
    • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
    • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
    • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.