Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

4 kru Dayang Topaz ditemui selamat [METROTV]

Posted on Oktober 27, 2020 by lau

Putrajaya: Empat anak kapal yang dilaporkan hilang selepas Dayang Topaz karam 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri ditemui selamat tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som mengesahkan jumlah anak kapal itu seramai 187 orang.

Mohd Zubil berkata, daripada 125 anak kapal yang terjun ke laut seorang meninggal dunia, manakala 62 yang berada di atas Dayang Topaz diselamatkan oleh kapal penyelamat.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa yang meninggal dunia.

“Seramai 185 anak kapal itu terdiri dari warganegara Malaysia dan dua dari Indonesia berumur 21 hingga 63 tahun, ” katanya melalui kenyataan media hari ini.

125 anak kapal Dayang Topaz terjun ke laut dan seorang meninggal dunia. FOTO ihsan APMM
125 anak kapal Dayang Topaz terjun ke laut dan seorang meninggal dunia. FOTO ihsan APMM

Mohd Zubil berkata, berdasarkan maklumat, kejadian disyaki berpunca daripada satu kabel sauh Dayang Topaz terputus ekoran cuaca buruk.

Menurut beliau, keadaan laut bergelora dan kapal berkenaan tidak dapat dikawal lalu hanyut dan melanggar platform pelantar minyak.

Katanya, MRCC Putrajaya bekerjasama dalam operasi menyelamat (SAR) membabitkan syarikat carigali minyak Petronas, Shell, Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) serta Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Brunei yang menugaskan pesawat Brunei Shell Petroleum termasuk komuniti nelayan tempatan.

“Aset lain yang terbabit terdiri daripada KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23 kini ditempatkandi lokasi kejadian bagi memantau,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Sauh kapal MV Dayang Topaz terputus, rempuh pelantar minyak
  • 1 maut, 4 hilang, 121 selamat kapal Dayang Topaz karam [METROTV]
  • Kiriman Terkini

    • China Wantian Announces its Annual Results
    • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
    • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
    • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
    • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.