Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Bekalan makanan negara cukup [METROTV]

Posted on Mac 29, 2020 by lau

BEKALAN makanan adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu membuat pembelian panik.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan oleh jawatankuasa khas memantau bekalan makanan yang dibentangkan semalam memberi jaminan kepada kerajaan bahawa bekalan mencukupi.

“Rakyat tidak perlu bimbang sehingga membuat pembelian panik. Tinjauan yang dilakukan oleh jawatankuasa khas di 27 pasar raya mendapati bekalan makanan asas masih boleh diperoleh dengan mudah.

“Tidak timbul isu bahawa bekalan makanan tidak mencukupi kerana tinjauan dibuat, (bekalan makanan) masih lagi boleh didapati dengan mudah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pasar raya mulai patuh kepada arahan penjarakan sosial dengan mengehadkan bilangan pelanggan yang mahu membuat pembelian pada satu masa.

“Banyak pasar raya membuat peraturan untuk mengehadkan jumlah kemasukan (pelanggan).

“Terima kasih juga kepada rakyat kita yang mematuhi perintah ini dengan menjarakkan diri dengan orang lain,” katanya.

PEKERJA menghantar bekalan beras ke kedai runcit di Pekan Jitra Lama bagi memastikan bekalan mencukupi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan Covid-19. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan stok beras di pasaran tempatan adalah mencukupi dan rakyat tidak perlu membuat pembelian panik walaupun tempoh PKP di lanjutkan. FOTO Amran Hamid
PEKERJA menghantar bekalan beras ke kedai runcit di Pekan Jitra Lama bagi memastikan bekalan mencukupi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan Covid-19. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan stok beras di pasaran tempatan adalah mencukupi dan rakyat tidak perlu membuat pembelian panik walaupun tempoh PKP di lanjutkan. FOTO Amran Hamid

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • CITIC Telecom CPC launches SmartCLOUD(TM) Container Service to Empower Businesses for Application Development, Simplifies and Streamlines Containerized Application Workflow to Boost Operational Efficiency
    • Fujitsu Charts Path to Purpose-driven Leadership with “Technology and Service Vision 2022”
    • Mitsubishi Shipbuilding and NYK Line Obtain Approval in Principle (AiP) from Classification Society ClassNK for Large LCO2 Carrier
    • TJI Achieves a Successful Leap to International Market
    • The Executive Talk: Kerry Express (Thailand) PCL (SET: KEX)

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEA PRWire
    • Top Story

    Links

    BBC News
    Reuters
    Bloomberg
    Forbes
    Newswire

    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.