Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Berita palsu tambah beban

Posted on April 1, 2020 by lau

PERTAMBAHAN jumlah berita palsu di media sosial mengenai Covid-19 menyusahkan pihak berkuasa yang kini bertungkus-lumus mahu mengekang penularan wabak itu yang sudah meragut 43 kematian di Malaysia.

Pelbagai pasukan ditubuhkan pihak berkuasa termasuk Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi menangani perkara terbabit.

Hasil pemerhatian Harian Metro, Pasukan Respon Pantas KKMM mengeluarkan tiga hingga lima kenyataan media sehari untuk menafikan berita palsu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah mengenal pasti 18 suspek daripada 43 kes penyebaran berita palsu mengenai Covid-19.

Enam daripada suspek termasuk seorang selebriti didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan manakala lima suspek diambil keterangan di beberapa lokasi di Perak dan Pulau Pinang.

SKMM bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jawatankuasa Jenayah Siber untuk menangani penyebaran berita palsu secara berterusan terutama mengenai Covid-19 yang boleh mengelirukan serta menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalam kalangan rakyat.

“SKMM memandang serius sikap tidak bertanggungjawab individu atau kumpulan yang menyebarkan berita palsu ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.

“Memulakan atau menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan jenayah. SKMM dan PDRM memantau perkara ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang ragu mengenai kesahihan sesuatu berita diminta melayari laman web Sebenarnya.my atau pautan telegram, https://t.me/sebenarnyamy.

“Maklumat mengenai penularan berita palsu Covid-19 juga boleh disalurkan melalui pautan ‘Salur kepada Kami’ di https://sebenarnya.my/salur/ di portal dan aplikasi Sebenarnya.my,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.