Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Berjaya atau tidak?

Posted on April 7, 2020 by lau

TEMPOH dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua bermula sejak 1 April hingga 14 April ini adalah tempoh kritikal dan mustahak bagi menentukan Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.

Malangnya laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum mencapai 100 peratus malah saban hari ada saja mereka yang ditahan akibat melanggar perintah itu.

Semalam, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kawasan zon merah Covid-19 meningkat kepada 18 kawasan selepas Cheras turut mencatatkan lebih 40 kes.

Cheras sebelum ini berada di zon jingga dengan 38 kes pada 4 April lalu, tetapi angka terkini menunjukkan kawasan itu kini zon merah selepas merekodkan sebanyak 44 kes.

Dengan peningkatan kes itu, semua empat daerah kesihatan di Kuala Lumpur kini ditandakan sebagai zon merah.

Selain itu, daerah Lembah Pantai menjadi kawasan tertinggi pesakit dijangkiti Covid-19 dengan 376 kes setakat 12 tengah hari kelmarin.

Lembah Pantai mencatat kes jangkitan tertinggi sejak 23 Mac lalu dengan merekodkan 90 kes dan angka kes terus mencatatkan peningkatan setiap hari.

Beberapa kawasan zon merah lain turut mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh sehari antaranya Hulu Langat yang mempunyai 307 kes pada 4 April lalu meningkat 318 kes (5 April) manakala Kepong 104 kes meningkat 112 kes.

Begitu juga Gombak, daripada 77 kes meningkat 100 kes, Klang (88 kes kepada 109 kes), Titiwangsa (86 kepada 90), Seremban (146 kepada 156), Kluang (135 kepada 147), Johor Bahru (137 kepada 139), Jerantut (58 kepada 60), Hilir Perak (61 kepada 65), Kinta (82 kepada 84) dan Kuching (155 kepada 165).

Bagaimanapun, tiga kawasan zon merah menunjukkan tiada pertambahan kes iaitu Batu Pahat masih 47 kes, Kota Bharu (82) dan Tawau (67) manakala Petaling pula mencatatkan penurunan kes daripada 308 kes kepada 292 kes.

Semua 18 zon merah itu sahaja menyumbang sebanyak 2,453 kes Covid-19.

Ini bermakna kira-kira 67 peratus daripada 3,662 kes Covid-19 yang dikesan di Malaysia pada 5 April lalu direkodkan daripada zon merah terbabit.

Sementara itu, Dungun yang sebelum ini zon kuning pula menjadi zon jingga apabila mencatatkan peningkatan 10 kes dengan 27 kes pada 5 April lalu berbanding hanya 17 kes sehari sebelum.

 

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.