Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

BN tidak sertai PRK Parlimen Batu Sapi

Posted on Oktober 9, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat berikutan situasi semasa penularan jangkitan Covid-19.

“Sekiranya PRK diadakan, Covid-19 akan menular sebagaimana ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

“BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kesejahteraan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan.

Terdahulu, SPR dilaporkan akan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Kong pada 2 Oktober lalu.

Menurut SPR, pelaksanaan PRK itu selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa, 13 Oktober ini.

Kiriman Terkini

  • China Wantian Announces its Annual Results
  • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
  • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
  • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
  • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.