Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Boleh tamatkan PKP, tapi… [METROTV]

Posted on April 17, 2020 by lau

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan sekiranya jumlah kes koronavirus baharu (Covid-19) di negara ini berkurangan dan kebolehjangkitan kes dalam komuniti tidak berlaku, selain bergantung kepada penelitian beberapa faktor lain oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan antara beberapa faktor lain sebelum PKP boleh ditamatkan, termasuk memastikan kesiapsiagaan negara mengawal penularan wabak dan keupayaan makmal serta hospital.

“Antara faktor adalah pengurangan kes yang masih dirawat iaitu kes kebolehjangkitan. Sekarang ini kita ada 2,198 kes positif dan kalau kes itu berkurangan maksudnya kita ada pengurangan kes jangkitan di dalam komuniti.

“Faktor kedua adalah menggunakan surveillance iaitu melihat kes Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di dalam komuniti. Sekarang ini terdapat 114 kes dan pemantauan mendapati kedua-dua kes berkenaan semakin berkurangan.

“Kita juga perlu melihat kepada kawasan tertentu dan kepadatan di kawasan itu sama ada masih berlaku jangkitan atau kluster baharu. Apa yang penting tidak berlaku kluster yang besar sebelum kita boleh menasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menamatkan PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Noor Hisham berkata, keupayaan makmal dan kesediaan hospital memberikan rawatan terbaik kepada pesakit Covid-19 juga menjadi pengukur kepada kejayaan mengatasi wabak itu dan membolehkan PKP ditamatkan.

“Paling penting juga dua isu besar ini iaitu keupayaan makmal kita sama ada dapat mengesan kes dengan cepat dan tepat serta keupayaan hospital menampung jumlah pesakit.

“Setakat ini mereka yang tiada gejala dan gejala ringan juga kita masukkan ke hospital untuk pemantauan. Mereka yang ada gejala atau radang paru-paru akan diberikan rawatan terbaik,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.