Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Boleh untung hingga RM40k

Posted on Oktober 22, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Aktiviti gelap golongan artis mahupun selebriti wanita sehingga mampu hidup mewah dengan menjadi peneman orang kenamaan (VIP) dipercayai didalangi Instafamous yang bertindak sebagai orang tengah.

Difahamkan, selebriti media sosial itu menjadi perantara kepada golongan VIP berkenaan sebelum artis terbabit dibawa ke pusat hiburan dan kegiatan gelap ini juga bukan perkara baharu kerana sebelum ini membabitkan artis kurang popular, tetapi kini didalangi Instafamous.

Menurut sumber, pendapatan orang tengah terbabit diraih daripada bayaran dibuat golongan VIP sebagai upah menjadi perantara atau ibu ayam kelas atasan.

“Sebagai orang tengah, dia secara mudah meraih sekurang-kurangnya RM5,000 malah mampu mencecah sekali ganda hasil komisen daripada bayaran dibuat golongan kenamaan.

“Dengan kehadiran (artis) bernama besar dan terkenal ke majlis atau parti yang diadakan, ia tampak eksklusif dan memberi gambaran hosnya sebagai orang penting,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, jumlah bayaran perkhidmatan mencecah antara RM20,000 hingga RM40,000 itu bukan untuk seorang artis atau instafamous sahaja, tetapi membabitkan beberapa individu lain.

“Ini kerana kebiasaannya orang tengah ini akan membawa beberapa orang artis atau instafamous dan ia bukan seorang sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai majlis sambutan hari jadi gilang-gemilang yang tular di media sosial termasuk menggunakan kereta mewah, sumber itu berkata, jika dilihat secara teliti, terdapat ramai anggota pasukan penguat kuasa turut menghadiri majlis itu selain dihadiri beberapa artis dan Instafamous.

Sambutan hari jadi itu mula tular selepas seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pengubahan wang haram, baru-baru ini.

Sumber itu berkata, dakwaan SPRM bertindak membekukan akaun seorang Instafamous juga tidak benar biarpun kediaman individu itu turut digeledah.

“SPRM hanya mengambil kenyataan selain menggeledah rumah sewa didiaminya bagi membantu siasatan,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.