Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Bukan kes noda

Posted on Oktober 2, 2020 by lau

New Delhi: Selepas hampir dua dekad, seorang lelaki di India dibebaskan daripada tuduhan merogol bekas teman wanitanya.

Ia susulan keputusan Mahkamah Agung negara itu yang mendapati terdapat bukti bahawa ‘kesalahan’ itu sebenarnya perbuatan suka sama suka.

Selain itu, mahkamah mendapati mangsa hanya membuat laporan polis selepas mendapat tahu lelaki itu mahu berkahwin dengan wanita lain.

Hakikatnya, wanita itu mahu membalas dendam kerana bekas teman lelakinya mungkir janji untuk mengahwininya.

Gulf News melaporkan mahkamah membebaskan tertuduh selepas mendapati dia dan ‘mangsa’ adalah pasangan kekasih yang melakukan hubungan intim.

Hakim membuat keputusan itu berdasarkan bukti iaitu surat dan gambar lelaki terbabit bersama bekas kekasihnya itu.

Justeru, mahkamah berpendapat mustahil bagi wanita yang mendakwa diancam dengan pisau sebelum dirogol untuk menulis surat cinta kepada perogolnya.

Tambahan lagi, wanita terbabit terus menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan selama empat tahun, sebelum dia melaporkan dakwaan rogol itu.

Difahamkan, wanita yang mendakwa menjadi mangsa itu mulanya berdiam diri selepas melakukan hubungan intim dengan bekas kekasihnya.

Dia mendakwa memandangkan lelaki itu berjanji untuk mengahwininya.

Namun, dia berubah fikiran dan bertindak memfailkan kes selepas mendapati kekasihnya curang.

Menurut laporan media tempatan, kes itu difailkan seminggu sebelum tertuduh melangsungkan perkahwinan dengan wanita lain.

Berhubung perkara ini, mahkamah berpendapat ‘mangsa’ sebenarnya sudah mengetahui mereka tidak dapat berkahwin kerana perbezaan agama.

Namun, mahkamah tidak dapat memastikan sama ada tertuduh benar-benar mahu mengahwini bekas kekasihnya itu.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.