Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Cikgu jelajah 13 kampung hantar kerja sekolah

Posted on April 30, 2020 by lau

SEORANG guru bahasa Inggeris sanggup menempuh perjalanan selama dua hari untuk menghantar bahan pembelajaran kepada 111 muridnya di 13 kampung pedalaman di Lawas, Sarawak.

Pengorbanan dilakukan guru muda, Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang itu bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Dia menempuh perjalanan hampir 200 kilometer yang dilaksanakan seminggu sekali itu untuk bertemu anak muridnya yang tinggal di Kem Balak, Kampung Pa’ Dadar, Kampung Long Resina dan Kampung Pa’ Remirang.

“Perjalanan ke sana agak mencabar dan hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan empat roda sahaja serta mengambil tempoh tiga atau empat jam untuk sampai ke sana.

“Bahan pembelajaran ini adalah dari semua guru sekolah kami, mereka akan berikan kepada saya untuk fotokopi dan diagihkan kepada semua murid di kampung tersebut memandangkan kebanyakan guru lain kini berada di kampung masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menggelar usaha itu sebagai ‘Homework COD’ dan dilakukan kerana murid di kampung berkenaan tidak mempunyai akses internet dan juga rangkaian telekomunikasi.

ANTARA barangan keperluan yang dihantar ke kawasan pendalaman.
ANTARA barangan keperluan yang dihantar ke kawasan pendalaman.

“Kami mengambil inisiatif tersebut sebab kami tiada pilihan lain untuk buat pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pada waktu PKP ini.

“Berbanding sekolah di bandar, di tempat kami mengajar tiada kemudahan internet, telefon, dan kemudahan elektrik juga di catu, hanya dibenarkan guna elektrik bermula jam 6.30 petang sehingga 11 malam.

“Bahan pembelajaran ini merangkumi kerja sekolah untuk murid pendidikan khas, pra-sekolah sekolah serta murid Tahun Satu sehingga Tahun Enam,”katanya.

Kata Muhammad Nazmi, dia akan mengutip kerja sekolah yang disiapkan seminggu kemudian ketika menghantar bahan baru yang merangkumi nota dan latihan baru.

Muhammad Nazmi memberitahu mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Kementerian Kesihatan (KKM) serta komuniti kampung untuk bergerak ke kampung berkenaan.

“Seorang jururawat juga akan bersama saya selain pihak pengurusan kampung ketika menghantar bahan pembelajaran kepada murid-murid ini.

“Selalunya saya akan ke kampung ini bersama dua orang guru secara bergilir kerana bahan-bahan yang dibawa agak banyak,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.