Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Covid-19: 298 sekolah di Petaling ditutup

Posted on Oktober 11, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Semua sekolah di kawasan yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada dalam zon merah di Petaling, Selangor akan ditutup bermula esok sehingga 25 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan itu mengambil perhatian peningkatan kes Covid-19 di daerah berkenaan.

Menurutnya, ia membabitkan 298 sekolah merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

“Sekolah yang mempunyai asrama termasuk kolej vokasional juga ditutup.

“Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama untuk pulang.

“Bagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan kolej vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid juga disediakan oleh pihak sekolah,” katanya.

Kata kenyataan itu lagi, sepanjang tempoh penutupan sekolah, pengetua atau guru besar akan memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan mengikut kesesuaian guru serta murid.

Selain itu, bagi kebanyakan sekolah yang sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terbabit penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan ke suatu tarikh bersesuaian kelak.

KPM sentiasa memantau situasi selain bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

“Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Kiriman Terkini

    • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
    • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
    • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
    • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
    • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.