Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Covid-19: 3 kematian, 374 positif hari ini [METROTV]

Posted on Oktober 10, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Kes kematian disebabkan penularan virus Covid-19 merekodkan penurunan kepada tiga kes hari ini berbanding enam yang dilaporkan, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian disebabkan pandemik itu di negara ini adalah sebanyak 155 kes (1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian perkembangan Covid-19, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham memaklumkan, terdapat 73 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana mana 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 374 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan.

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Arkib NSTP
TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Arkib NSTP

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,096 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 4,161 kes,” katanya memaklumkan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, daripada 374 kes baharu itu, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan dari Filipina.

“Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 343 kes adalah warganegara Malaysia dan 29 kes adalah bukan warganegara. Daripada jumlah itu, 17 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 73 kes telah pulih direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 10,780 kes (71.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Kiriman Terkini

    • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
    • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
    • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
    • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
    • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.