Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Covid-19: 659 kes baharu, 1,000 pulih [METROTV]

Posted on Oktober 31, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan penurunan apabila merekodkan 659 kes menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 31,548 kes dengan jumlah kes aktif 10,051 kes, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya satu kes import direkodkan dari Bangladesh membabitkan individu bukan warganegara.

“Bagi kes penularan tempatan, 529 kes dilaporkan di Sabah, Selangor (54), Negeri Sembilan (25), Labuan (12), Kuala Lumpur (11), Sarawak (19), Perak (6), Putrajaya(4), Kedah (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), Pahang (1) dan Kelantan (1).

“Secara keseluruhannya, 137 kes direkodkan hari ini adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan pusat tahanan sementara iaitu 26 kes Kluster Penjara Kepayan dan 11 kes daripada Kluster Rumah Merah,” katanya dalam sidang media perkembangan harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, terdapat 83 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 1,000 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan ia jumlah tertinggi direkodkan setakat ini.

“Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 21,248 kes atau 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Menurutnya, tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 249 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Tiada pertambahan kluster baharu hari ini menjadikan jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 144 kluster,” katanya.

GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Kiriman Terkini

    • Vivid Sydney 2023 Kicks Off With Biggest Opening Weekend on Record
    • Fonepay and LankaPay Sign MOU for Cross-Border Interoperable Payment System
    • JCB and Joint Stock Commercial Bank for Investment and Development of Vietnam launch the BIDV JCB Ultimate Credit Card in Vietnam
    • Value Partners to Introduce Strategic Investment from GF Securities to Boost Business Development and Facilitate Long-term Growth
    • From Hype to Reality: AI’s Role in Augmenting Digital Transformation

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.