Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Covid-19: 732 kes baharu, 6 kematian

Posted on Oktober 21, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Selepas empat hari berturut Malaysia merekodkan kes baharu Covid-19 melebihi angka 800, hari ini, jumlah itu menurun kepada 732 kes seperti direkodkan sehingga jam 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif direkodkan di negara ini sebanyak 22,957 kes.

Menurutnya, terdapat enam kes kematian dicatatkan semalam dan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 580 kes menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 14,931 kes.

Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 7,827 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 535 kes. Lebih banyak ujian makmal RT-PCR dapat dijalankan di makmal di negeri Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Lebih banyak ujian RTK Antigen juga dijalankan di lapangan,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 30 kes (4.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Penjara Kepayan, Kluster Tembok dan Penjara Reman.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 116 kes dan daripada jumlah itu, 49 kes adalah daripada kluster sedia dan 11 kes adalah daripada kluster baharu.

“Daripada tiga kluster baharu, satu kluster adalah berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Kiriman Terkini

    • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
    • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
    • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
    • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
    • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.