Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Covid-19: Kadar sembuh tertinggi sejak mula PKPP [METROTV]

Posted on Oktober 15, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Kadar kes sembuh akibat Covid-19 hari ini adalah yang tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, walaupun angka positif wabak itu masih tiga angka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 409 kes sembuh yang membabitkan 12,014 orang atau 66.3 peratus.

“Kes pulih tertinggi dicatatkan di Kedah iaitu 226 kes, Sabah (111), Selangor (50), Terengganu (8), Johor (7), Negeri Sembilan (6) dan Pahang (1),” katanya dalam sidang media harian Covid-19 secara maya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, negara merekodkan 589 kes baharu Covid-19, berbanding 660 kes semalam dengan tiga kematian.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif ialah 18,129 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,945 kes.

“Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes (51.6 peratus), manakala 91 kes lagi daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai serta kes ini sememangnya terasing dalam penjara,” katanya.

Menurutnya, di Lembah Klang pula merangkumi 27.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes iaitu Selangor 150 kes, Kuala Lumpur (9) dan Putrajaya satu kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 589 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, kesemuanya membabitkan warga asing dari Indonesia dan Ukraine,” katanya.

Mengenai kematian terbaharu yang menjadikan jumlah kumulatif 170 kes, katanya, kes kematian ke-168 iaitu seorang wanita tempatan berusia 54 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Gambar fail, Dr Noor Hisham Abdulah. FOTO NSTP.
Gambar fail, Dr Noor Hisham Abdulah. FOTO NSTP.

“Pesakit mempunyai penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid.

“Selain itu, kematian ke-169 adalah seorang lelaki warga asing berusia 68 tahun dan meninggal di Hospital Tawau dan turut menghidap kencing manis.

“Kematian ke-170 pula adalah wanita tempatan berusia 100 tahun di Hospital Duchess of Kent,” katanya yang memberitahu 103 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Kiriman Terkini

    • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
    • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
    • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
    • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
    • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.