Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Covid-19: Pertambahan enam kematian

Posted on Mac 31, 2020 by lau

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menerima pertambahan enam kematian berkaitan jangkitan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, justeru jumlah kumulatif kes kematian adalah 43 kes atau 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,766 kes.

Berikutan perincian kematian hari ini:

• Kes kematian ke-38 (kes ke-2269), perempuan warga negara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Kontak kepada kes ke-2,750. Dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia 30 Mac jam 4.04 petang.

• Kes kematian ke-39 (kes ke-2,626), lelaki warga negara Malaysia berumur 69 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi serta sejarah perjalanan ke Arab Saudi. Meninggal dunia pada 27 Mac di rumah dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

• Kes kematian ke-40 (kes ke-2,627), lelaki warga negara Malaysia berumur 69 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dan disahkan meninggal dunia 26 Mac jam 1.03 petang.

• Kes kematian ke-41 (kes ke-1,275) lelaki warga negara Indonesia berumur 40 tahun. Dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac jam 1.38 pagi.

• Kes kematian ke-42 (kes ke-2,628), lelaki warga negara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac jam 7.09 pagi.

• Kes kematian ke-43 (kes ke-2,629), lelaki warga negara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung.

Dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac dan disahkan meninggal dunia 30 Mac jam 4.30 petang.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Vistar Holdings Hits Record High Annual Revenue Up by 32.8% Y-o-Y
    • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
    • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
    • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
    • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEA PRWire
    • Top Story

    Links

    BBC News
    Reuters
    Bloomberg
    Forbes
    Newswire

    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.