Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Covid-19: Tiada kematian, hanya 36 kes hari ini [METROTV]

Posted on April 20, 2020 by lau

TIADA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 89 kes.

DR Noor Hisham ketika hadir sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
DR Noor Hisham ketika hadir sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19 hari ini, beliau berkata, sebanyak 36 kes dilaporkan dan terendah setakat ini (sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan), mencatatkan 5,425 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 45 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 28 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaharu, seramai 98 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,295 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 60.74 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 2,041 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
    • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
    • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
    • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022
    • Yew Lee Pacific Group Berhad Launches Prospectus for ACE Market IPO

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEA PRWire
    • Top Story

    Links

    BBC News
    Reuters
    Bloomberg
    Forbes
    Newswire

    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.