Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Covid-19: Tiada kematian hari ini, 55 kes baharu

Posted on Mei 4, 2020 by lau

TIADA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 105 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 55 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 6,353 kes keseluruhan dalam negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes baharu itu membabitkan kes import, manakala 48 kes membabitkan penularan dalam komuniti yang mana 24 daripadanya daripada kluster dan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Katanya, seramai 28 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 13 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus bertambah. Terbaru, seramai 71 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 4,484 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 70.6 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,764 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Vistar Holdings Hits Record High Annual Revenue Up by 32.8% Y-o-Y
    • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
    • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
    • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
    • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEA PRWire
    • Top Story

    Links

    BBC News
    Reuters
    Bloomberg
    Forbes
    Newswire

    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.