Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Covid-19: Tiga kematian hari ini [METROTV]

Posted on April 11, 2020 by lau

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga lagi kematian baharu akibat wabak Covid-19, setakat 12 tengah hari ini.

Secara keseluruhan jumlah kematian bertambah kepada 73 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Covid-19 menjangkiti 184 orang yang disahkan positif hari ini, menjadikan jumlah kes positif jangkitan itu adalah sebanyak 4,530 kes.

Beliau berkata, seramai 72 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 38 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes kematian ke-71 (kes ke-3,091) adalah lelaki tempatan berusia 66 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.

“Beliau mempunyai kontak rapat kes positif Covid-19 daripada kluster perhimpunan Seri Petaling (iaitu kes ke-452). Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 1 April dan disahkan meninggal dunia 12.05 tengah hari tadi.

“Kes kematian ke-72 (kes ke-537) adalah lelaki tempatan berusia 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi tadi.

“Kes kematian ke-73 (kes ke-2399) adalah lelaki tempatan berusia 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi yang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 25 Mac lalu. Beliau disahkan meninggal dunia jam 12 tengah

hari tadi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 165 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 1,965 kes iaitu 44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Vistar Holdings Hits Record High Annual Revenue Up by 32.8% Y-o-Y
    • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
    • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
    • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
    • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEA PRWire
    • Top Story

    Links

    BBC News
    Reuters
    Bloomberg
    Forbes
    Newswire

    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.