Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

‘Cuci’ duit haram: Datuk, polis dibebaskan sebelum ditahan semula

Posted on Oktober 11, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Lelaki bergelar Datuk yang menjadi dalang Macau Scam dan perjudian serta terbabit dalam pengubahan wang haram bersama pegawai dan anggota polis sudah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, semua baki tahanan reman kes siasatan pengubahan wang haram itu dibebaskan SPRM petang tadi.

“Bagaimanapun lapan dari mereka kemudian ditahan semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Bukit Aman) untuk siasatan.

“Tujuh pegawai dan anggota polis serta Datuk terbabit yang juga suspek utama kes pengubahan wang haram ditahan sebaik mereka dibebaskan di luar kawasan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” katanya.

Sumber berkata, bagaimanapun seorang lagi suspek utama bergelar Datuk Seri tidak ditahan oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penangkapan kesemua lapan individu terbabit.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal memulakan perniagaan.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.