Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Doa Wira Negara

Posted on April 20, 2020 by lau

“SAYA dan adik menghasilkan lagu cover, Doa Wira Negara itu dengan cara tersendiri dengan harapan dapat memberi semangat kepada barisan petugas hadapan yang sedang berjuang ketika ini,” kata Farhanah Mohamad Kamis, 33.

Penjawat awam dan adiknya Farhanum, 29, tular selepas menghasilkan lagu cover itu yang juga dendangan asal Harry Khalifah.

Lagu versi mereka itu berkumandang dan dinyanyikan bersama penghuni dan petugas barisan hadapan di sebuah pusat kuarantin di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Farhanah berkata, lagu berkenaan dimainkan semula mereka ketika fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

“Latar belakang keluarga kami ramai bertugas unit beruniform termasuk arwah ayah seorang pesara polis dan ibu bekas ketua jururawat membuatkan kami amat dekat dan memahami tugas barisan hadapan.

“Ketika ini, adik ipar saya polis bertugas sepanjang PKP ini. Kami terkesan melihat keadaan dirinya sebelum terfikir membuat inisiatif ini sebagai menghargai pengorbanan barisan petugas hadapan.

“Kami memilih lagu ini kerana liriknya kena mengena dengan situasi petugas hadapan sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, mereka mengambil masa empat hari menyiapkan dan menyunting rakaman serta video klip berdurasi tiga minit 43 saat itu.

“Ia bukanlah mudah, kami mengambil masa paling lama pada bahagian rakaman suara yang perlu diulang berkali-kali kerana kerap menangis akibat tersentuh hati dengan liriknya.

“Kami turut menggabungkan beberapa rakaman dan gambar ketika petugas barisan hadapan bertugas.

“Sungguh kami terharu sangat video klip versi kami itu dimainkan bersama penghuni dan petugas barisan hadapan di pusat itu.

“Semoga sumbangan kecil kami ini dapat menyuntik sedikit semangat dan kekuatan untuk mereka terus berjuang sampai akhir,” katanya.

Setakat ini, video tular berkenaan meraih lebih 35,000 kali tontonan, lebih 2,700 tanda suka serta lebih 1,500 perkongsian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.