Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

DPP disyaki terima suapan RM345,000

Posted on Oktober 10, 2020 by lau

Putrajaya: Seorang Timbalan Pendakwa Raya ditahan reman enam hari di Mahkamah Majistret, di sini kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM345,000 ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Majistret, Shah Wira Abd Halim mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini sehingga 15 Oktober selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Sumber berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pagi tadi bagi memberikan keterangan.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2019. Suspek yang kini bertugas di Selangor itu menjalankan kegiatan berkenaan pada 2016 ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Difahamkan, suspek melakukan kegiatan itu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes berkaitan penipuan urusan jual beli tanah.

Kiriman Terkini

  • China Wantian Announces its Annual Results
  • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
  • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
  • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
  • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.