Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Dr Noor Hisham sertai saintis dunia perangi Covid-19

Posted on April 3, 2020 by lau

KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha mereka bertindak menentang pandemik Covis-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dalam satu kenyataan semalam berkata, Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal Covid-19 bertujuan mempercepat penyelidikan Covid-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.

Selain saintis, gabungan itu juga terdiri daripada ahli fizik, penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari lebih 30 negara, dengan komitmen sepenuhnya untuk mencari penyelesaian Covid-19 untuk kawasan kekurangan sumber di mana virus itu boleh melumpuhkan sistem kesihatan yang sudah rapuh dan menyebabkan kesan kesihatan yang paling besar kepada penduduk yang terdedah.

Antara penandatangan utama lain ialah Profesor Universiti Kolokotrones dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole dan Saintis Kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

Dalam ulasan yang disiarkan dalam jurnal antarabangsa – The Lancet, semalam, berkata ahli gabungan menyuarakan pandangan bahawa kerjasama penyelidikan dan koordinasi antarabangsa diperlukan segera untuk menyokong Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan beberapa negara Asia sebagai tindak balas segera terhadap wabak yang semakin buruk dan mempercepat penyelidikan yang disesuaikan dengan keadaan sumber yang terhad, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan walaupun kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dinamakan Solidarity Trial sudah dilancarkan, penulis jurnal itu mendapati bahawa daripada hampir 600 percubaan klinikal Covid-19 yang didaftarkan, percubaan yang dirancang dalam keadaan kekurangan sumber adalah terlalu sedikit.

Oleh itu, penulis berkenaan mahu berkongsi kepakaran teknikal dan keupayaan percubaan klinikal untuk mempercepat penyelidikan Covid-19 dalam keadaan itu, menurut kenyataan berkenaan.

DNDi berkata, gabungan itu akan mempermudah pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulkan dalam cara yang sama, dianggarkan dan dikongsi dalam masa nyata yang akan membantu negara dan WHO untuk membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan juga memuji inisiatif gabungan itu yang akan membantu WHO melaksanakan peranan penyelarasan dalam tindak balas dunia terhadap Covid-19.

“Kami mengalu-alukan pelancaran gabungan ini yang menggunakan kesempatan daripada kepakaran multinasional dan multidisiplin yang sedia ada dalam menjalankan ujian klinikal dalam keadaan kekurangan sumber.

“Walaupun pusat penularan ini hari ini di tempat lain, kita mesti bersedia daripada sekarang untuk menghadapi kesan pandemik ini dalam keadaan lebih banyak sumber terkawal atau kita akan kehilangan banyak nyawa,” katanya dipetik oleh kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.