Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

GerakMalaysia

Posted on April 23, 2020 by lau

ORANG ramai yang terkandas di kampung dan mahu merentas negeri boleh mengisi aplikasi GerakMalaysia atau ke balai polis berhampiran bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mendengar rintihan mereka yang sudah berada di kampung masing-masing selama sebulan dan ingin pulang ke rumah mereka.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai rakyat kita berebut mahu pulang ke kampung masing-masing.

“Kebanyakan mereka sudah berada di kampung lebih sebulan, banyak aduan kami terima ada cakap tiada pakaian sudah mahu dipakai, resah tinggalkan rumah sudah lama atau bimbang rumah dipecah masuk.

“Ada juga dipisahkan dengan anak dan kami memahami keresahan mereka lebih-lebih lagi apabila mendengar kerajaan memberi kelonggaran kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung masing-masing,” katanya pada sidang media harian, semalam.

Ismail Sabri berkata, ada perbezaan kenapa kelonggaran diberikan kepada penuntut berbanding mereka yang terkandas di kampung.

“Mereka (penuntut) kita sudah tahu jumlah sebenar dan status kesihatan mereka kerana hanya berada di kampus.

“Tetapi berbeza dengan mereka berada di kampung yang tinggal berselerak dan kita tidak tahu jumlah sebenar mereka,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu tahu terlebih dulu jumlah mereka kerana bimbang pergerakan besar-besaran akan berlaku nanti.

“Disebabkan itu, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke rumah masing-masing perlu melapor diri kepada polis menerusi aplikasi dalam talian dinamakan GerakMalaysia yang dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bermula 25 April ini,” katanya.

Katanya, bagi mereka yang tiada kemudahan Internet boleh berdaftar di balai polis berdekatan dengan syarat membuat temujanji terlebih dahulu dengan balai polis berkenaan.

“Ini bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan mengelak orang ramai menyerbu balai polis secara beramai-ramai.

“Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei selepas mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.