Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Godfather Palestin tak puas hati

Posted on Oktober 30, 2020 by lau

Palestin: Duduk di kerusi antik di bawah cahaya lampu di rumah mewahnya, bilionair Palestin, Munib al-Masri membangkitkan isu yang membuatnya dia marah selama lapan dekad.

“Bolehkah anda memetik 58 perkataan pada Pengisytiharan Balfour?” tanyanya kepada AFP.

Pengisytiharan Balfour 1917 adalah kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin.

Bagaimanapun, ia bersyarat dan tidak merugikan hak sivil serta agama masyarakat bukan Yahudi yang sudah menetap di Palestin.

Munib yang digelar Godfather of Palestin mempunyai kepentingan dalam sektor telekomunikasi, kewangan, industri dan hartanah Palestin.

Jutawan berusia 86 tahun itu tinggal bersendirian di kediaman mewah dikenali sebagai Beit al-Falestine atau Rumah Palestin yang menghadap Nablus di Tebing Barat.

Di rumahnya, terdapat gambar Munib bersama Nelson Mandela; calon presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan pemimpin Palestin, Yasser Arafat yang diseludup dari Jordan ke Syria pada 1970 di dalam but keretanya.

MUNIB al-Masri bersama poster Yasser Arafat di galeri kediaman mewahnya. FOTO AFP
MUNIB al-Masri bersama poster Yasser Arafat di galeri kediaman mewahnya. FOTO AFP

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri dengan kerajaan Jordan dan pihak berkuasa Palestin yang beribu pejabat di Ramallah.

Tetapi di sebalik kekayaan dan pencapaian politiknya, Munib memberitahu AFP dia masih tidak berpuas hati dengan Pengisytiharan Balfour 1917.

Deklarasi itu dibuat oleh Setiausaha Luar Britain, Arthur James Balfour, yang dilihat sebagai teraju utama dalam pembentukan Israel pada 1948.

Deklarasi Balfour dimulakan dengan menyatakan “Raja pemerintah bersetuju dengan penubuhan negara Yahudi di tanah Palestin dan akan mencari jalan terbaik mereka untuk merealisasikan objektif itu.”

MUNIB al-Masri di hadapan kediaman mewahnya. FOTO AFP
MUNIB al-Masri di hadapan kediaman mewahnya. FOTO AFP

Selepas membaca ayat itu, Munib berkata: “Kamu lupa perkara utama” dan kemudian melengkapkan deklarasi itu sendiri.

“Tidak ada perkara yang dilakukan boleh menjejaskan hak orang awam dan agama masyarakat bukan Yahudi yang berada di Palestin.

“Itu memberitahu anda bahawa kami tidak memiliki hak politik,” katanya.

Awal bulan ini, beliau dan beberapa aktivis lain memfailkan saman di mahkamah Palestin untuk meminta pampasan dari Britain atas ‘kesalahan’ disebabkan Pengisytiharan Balfour.

Kiriman Terkini

  • China Wantian Announces its Annual Results
  • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
  • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
  • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
  • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.