Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Guna artis ‘cuci’ duit haram, 2 pegawai kanan polis ditahan

Posted on Oktober 7, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.

“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes berkenaan (cuci duit) atau kes lain.

“Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,” katanya pada sidang media, di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Acryl merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule.

Acryl berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman berhubung tohmahan yang didakwa sesetengah pihak di media sosial berhubung pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

“Siasatan dalaman ini akan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) jadi kita tunggu dulu,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan taktik perdaya dan guna populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk ditahan.

Kiriman Terkini

  • China Wantian Announces its Annual Results
  • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
  • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
  • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
  • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.