Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Hantar mayat teman wanita ke rumah dengan motosikal

Posted on April 12, 2020 by lau

AKIBAT terlalu takut, seorang remaja sanggup menghantar teman wanitanya yang sudah meninggal dunia ke rumahnya di Felda Keratong 10 di Muadzam Shah, selepas terbabit dalam kemalangan dengan seekor kerbau, awal pagi tadi.

Suspek berusia 17 tahun itu dikatakan membawa mayat mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala itu sejauh 15 kilometer selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan kilang sawit Felda Keratong 3 kira-kira 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun berkata, hasil siasatan mendapati suspek bersama mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan keluar berjalan-jalan menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa bertembung dengan seekor kerbau yang baring di tengah jalan.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan peha dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, suspek bertindak membawa mayat dengan menaiki motosikal yang sama menuju rumah remaja perempuan itu di Felda Keratong 10 sebelum meninggal mangsa di garaj.

“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kejadian berkenaan kerana terlalu takut sebelum terus beredar selepas kejadian.

“Kira-kira jam 10 pagi, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj berkenaan menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa adalah anak sulung dari empat orang beradik dan siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.

“Polis sudah menahan remaja lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita turut merampas motosikal Yamaha 135 LC berkenaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kiriman Terkini

  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022
  • Yew Lee Pacific Group Berhad Launches Prospectus for ACE Market IPO

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.