Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Inai masih di jari

Posted on April 19, 2020 by lau

INAI di jari masih merah. Namun demi negara, seorang petugas Angkatan Pertahanan Awam (APM) sanggup meninggalkan isteri kurang 48 jam selepas bergelar ‘raja sehari’.

Anggota terbabit, Muhammad Khairul Nizam Mohd Zain, 28, hanya sempat seketika bersama isteri, Siti Azarina Shafiqah Azam, 25, sebelum dipanggil bertugas susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Malah sehingga kini, dia masih meneruskan khidmat dan terpaksa melupakan hasrat untuk `berbulan madu’.

Muhammad Khairul berkata, mereka dinikahkan di Masjid Sungai Asap A, Gua Musang, Kelantan, sebelum majlis kenduri diadakan di lokasi berdekatan.

“Bagaimanapun, saya menerima panggilan kecemasan untuk memulakan tugas berikutan wabak Covid-19 kian menular ketika itu.

“Tanpa berfikir panjang, saya kembali semula ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugas mencabar. Saya diberi tanggungjawab mengambil bekalan makanan untuk dihantar kepada ratusan individu di kuarantin di Akademi Audit Negara, Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan,” katanya.

MUHAMMAD Khairul (kiri) menjalankan tugas penghantaran makanan ke pusat kuarantin dan zon merah. FOTO Ihsan Muhammad Khairul
MUHAMMAD Khairul (kiri) menjalankan tugas penghantaran makanan ke pusat kuarantin dan zon merah. FOTO Ihsan Muhammad Khairul

Menurutnya, dia kemudian ditugaskan menghantar bekalan pakaian perlindungan peribadi (PPE) ke beberapa negeri untuk kegunaan petugas APM.

“Malah saya pernah ditugaskan menghantar bekalan makanan dan beras kepada penduduk yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor.

“Paling tidak dapat dilupakan apabila lori dinaiki membawa beras seberat enmam tan hampir terbabas akibat tayar belakang kenderaan meletup sekitar jam 12 tengah malam ketika menghampiri sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Mujur nyawa kami selamat,” katanya.

Dia berkata, keputusannya meninggalkan isteri baru dinikahi sejak 28 hari lalu cukup menyedihkannya.

“Alhamdulillah, isteri yang bertugas sebagai guru memahami tanggungjawab saya. Ini semua perancangan Allah SWT,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.