Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Ini malam istimewa – Nooraziro

Posted on Oktober 11, 2020 by lau

Kuala Terengganu: “Malam ini ialah malam istimewa dan betul kata orang tua, malam pertama selalunya akan membuatkan pasangan pengantin berdebar bercampur malu kerana usikkan ahli keluarga,” kata Nooraziro Abdullah, 35.

Nooraziro selamat dinikahkan dengan pasangannya Nur Suhaibah Ab Ghani, 33, berasal dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, semalam dan majlis persandingannya berlangsung, hari ini.

Menurutnya, dia berasa sedikit kekok kerana pertama kali bermalam di rumah mertua yang penuh dengan ahli keluarga isteri namun tetap berasa teruja dan seronok.

“Selepas tamat majlis bersanding tadi, saya dan isteri sibuk di dapur kerana perlu meneruskan tradisi keluarga iaitu mencuci periuk dan kawah yang digunakan pada majlis itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia sangat bersyukur kerana impiannya untuk hidup bekeluarga seperti pasangan lain termakbul.

“Walaupun agak lewat sedikit bertemu jodoh namun tetap bersyukur dan mengganggap semua aturan yang ditetapkan Allah berlaku pada waktu yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Nur Suhaibah atau lebih mesra dipanggil Ibah berkata, dia menunaikan solat hajat pada setiap hari supaya jodoh bersama suaminya itu kuat seterusnya majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar.

“Saat mula-mula terpandang iklan mencari jodoh Nooraziro yang tular di media sosial, hati saya sudah terdetik bahawa Nooraziro ialah jodoh saya.

“Saya cuba menghantar WhatsApp kepada Nooraziro tetapi ketika awal iklan itu Nooraziro terlalu banyak pilihan oleh itu tidak terlalu berharap.

“Alhamdulillah, jodoh kami sudah ditetapkan Allah, Nooraziro memilih saya sebagai isterinya seterusnya hasrat untuk tamatkan zaman bujang pada tahun ini tertunai,” katanya.

Menurutnya, dia akan mengikut suaminya itu pulang ke Marang dan akan memulakan perniagaan nasi ayam di sana.

“Jika diikutkan perniagaan nasi ayam saya sudah maju dan mempunyai ramai pelanggan tetap di Kuantan tetapi perlu akur kerana tempat seorang isteri ialah di sisi suaminya.

“Tidak kisah apa pekerjaan suami, asalkan ia daripada sumber yang halal dan rajin berusaha dan bekerja,” katanya.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan Nooraziro terpaksa menggunakan cara menggantung poster berikutan mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.

Tindakan menggantung poster itu menjadi tular seterusnya membawa kepada perkenalan dengan kekasih pilihan hatinya yang dipanggil Suhaibah atau Ibah, 33, dari Kuantan dan merancang untuk berkahwin pada 10 Oktober.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.