Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Ismail Sabri dah jadi ‘model’?

Posted on Mei 1, 2020 by lau

“KREATIF betul warganet, (warna) baju saya dah jadi (hiasan) kuih-muih,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri memaklumkan terhibur dengan gelagat warganet yang memadankan pemilihan warna baju batik dipakai beliau dengan pelbagai jenis kuih-muih dan hidangan pencuci mulut.

“Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kuih dan ice cream (aiskrim) pula.

“Terima kasih warganet kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat Malaysia,” katanya di laman rasmi Facebook beliau, hari ini.

Beliau turut mengucapkan selamat berbuka dan bertanya sama ada rakyat Malaysia berbuka puasa dengan kuih-muih tema bajunya itu.

RAKAMAN gambar yang dimuat naik di Facebook rasmi Ismail Sabri.
RAKAMAN gambar yang dimuat naik di Facebook rasmi Ismail Sabri.

Menerusi hantaran di Facebooknya itu, beliau turut berkongsi cantuman beberapa gambarnya memakai baju batik dengan kuih-muih yang seakan sama warnanya.

Kemunculan Ismail Sabri dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disiarkan secara langsung setiap 2 petang itu sentiasa dinantikan ramai yang ingin melihat penampilan beliau.

Baju dipakai beliau akan menjadi buah mulut warganet yang meninggalkan pelbagai reaksi di ruang komen siaran langsung sidang media harian itu.

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Cempaka Hass Li, menyifatkan baju dipakai Ismail Sabri setiap hari ceria dan menjadi perhatian rakyat.

“Terbaik YB. Suasana jadi ceria tengok baju-baju YB setiap hari. Rakyat prihatin semua depa perhatikan,” katanya.

Pendapat sama dikongsi pelayar Facebook, Anulae Mbip yang mengakui kerap melihat pelbagai baju batik yang dipakai Ismail Sabri ketika sidang media diadakan.

“Datuk pakai apa je pasti dinantikan oleh kami semua,” katanya.

Ahmad Syahril Mahmudin pula turut bertanya kenapa sidang media Menteri Keselamatan itu tidak bersiaran seperti biasa hari ini.

“Datuk Seri tak buat PC (sidang media) hari ni. Boleh tambah lagi koleksi kuih n (dan) aiskrim,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Vistar Holdings Hits Record High Annual Revenue Up by 32.8% Y-o-Y
  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.