Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Jaga diri pesan terakhir Siti Surya [METROTV]

Posted on November 2, 2020 by lau

Kuala Terengganu: “Kali terakhir dia (arwah) WhatsApp saya pada pagi sebelum kejadian. Saya beritahu mahu ke tempat kerja dan dia balas dengan ucapan jaga diri,” kata Muhammad Haiqal Adnan, 19.

Muhammad Haiqal adalah teman lelaki Siti Surya Ismail, 19, yang dibunuh di hadapan ibunya yang terlantar di katil akibat kanser otak di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Menurutnya, dia yang mengenali arwah sejak dua tahun lalu hanya mengetahui kejadian kenalan rapatnya pada 4 petang.

Katanya, pada mulanya dia menyangka rakan terbabit bergurau dengan menyatakan Siti Surya mati dibunuh.

“Saya kemudian terus ke rumah keluarga arwah dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku.

“Macam tidak percaya. Saya bersama ibu baru berjumpa arwah di rumahnya, Sabtu lalu ketika menziarahi ibunya dan arwah amat mesra bersembang dengan ibu.

“Ketika berbual ibu sempat berpesan pada arwah supaya jaga diri dan kesihatan,” katanya yang merancang untuk bertunang dan berkahwin dengan arwah pada tahun depan.

MUHAMMAD Haiqal menunjukkan bukti perbualan terakhirnya bersama Siti Nur Surya. FOTO Ghazali Kori
MUHAMMAD Haiqal menunjukkan bukti perbualan terakhirnya bersama Siti Nur Surya. FOTO Ghazali Kori

Katanya, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arwah untuk mendirikan rumah tangga.

“Kami merancang untuk buat majlis (perkahwinan) pada tahun ini tetapi disebabkan Covid-19 ditambah pula dengan keadaan ibunya yang sakit, kami merancang untuk buat majlis, tahun depan,” katanya ditemui di rumah datuk arwah di Kampung Beladau Kepong, di sini, hari ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung berkenaan untuk urusan pengkebumian petang ini.

Dalam kejadian semalam, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi.

Mangsa yang turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh menggunakan senjata tajam.

Berita berkaitan

• ‘Saya ingat kakak kena karan’

• Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun [METROTV]

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.