Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Jangkitan baharu Covid-19 menurun lagi, 54 kes hari ini [METROTV]

Posted on April 18, 2020 by lau

DUA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 88 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 54 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,305 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 49 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 26 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 135 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,102 pesakit atau 58.5 peratus telah sembuh dan discaj hospital.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 2,115 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

1) Kes kematian ke-87 (kes ke-2,657)

• Lelaki warga Malaysia berusia 60 tahun.

• Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

• Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 12 April, 3.20 petang.

2) Kes kematian ke-88 (kes ke-5252)

• Lelaki warga Myanmar berusia 36 tahun.

• Beliau telah dirawat di Hospital Selayang pada 17 April dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru-paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI).

• Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada 10 pagi.

DR Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19. FOTO Bernama
DR Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19. FOTO Bernama

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.