Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Kejam, ibu campak dua anak dalam sungai

Posted on Oktober 22, 2020 by lau

Baghdad: Demi membalas dendam terhadap bekas suaminya, seorang ibu tergamak mencampak dua anaknya dari jambatan ke Sungai Tigris.

Portal Gulf News melaporkan, video wanita terbabit membuang anak lelakinya berusia tiga tahun dan anak perempuan berusia dua tahun tular di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan tidak perikemanusiaan wanita berkenaan.

Sumber polis berkata, pihak berkuasa negara itu sudah menahan wanita terbabit dan suspek mengakui melakukan tindakan itu demi membalas dendam terhadap suaminya selepas diceraikan.

Setakat hari ini, mayat dua beradik malang itu belum ditemui dan insiden dilaporkan berlaku pada 17 Oktober di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.

RAKAMAN video menunjukkan wanita berkenaan membawa dua anaknya di jambatan itu. FOTO Agensi
RAKAMAN video menunjukkan wanita berkenaan membawa dua anaknya di jambatan itu. FOTO Agensi

Bapa dua beradik berkenaan ternyata terkejut dengan kejadian itu dan duduk di tebing sungai memerhatikan pihak berkuasa mencari mayat anaknya.

Ahli keluarga, Abu Tahsin Deraji mendakwa, wanita berkenaan mahu membunuh anaknya selepas suaminya meminta cerai pada akhir September lalu.

“Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya.

“Pada Januari tahun ini, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami memulangkan kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka inilah sikap sebenar anak perempuan anda.

“Kami mahu menceraikannya di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah memberitahu perkara ini kepada orang lain dan tidak menunjukkan gambar (kecurangan) kepada sesiapa,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.