Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

KEMAS tutup tabika, taska di zon merah

Posted on Oktober 3, 2020 by lau

Tasek Gelugor: Mana-mana taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taska dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang berada di zon merah Covid-19 akan ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, arahan penutupan itu dibuat selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sehingga kini 281 tabika dan sembilan taska membabitkan 6,699 murid di Sabah, Kedah dan Terengganu yang berada pada zon merah Covid-19 diarah membuat penutupan premis.

“Mana-mana tabika dan taska yang berada di zon merah Covid-19 diarah ditutup sepertimana arahan serta nasihat yang dikeluarkan KKM.

“Penutupan tabika dan taska ini dibuat sehingga menerima arahan serta nasihat selanjutnya daripada KKM selepas keadaan kembali pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penutupan tabika dan taska susulan peningkatan kes Covid-19 selepas menghadiri Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) Dari Desa Ke Global di Dewan Rafflesia, Midtown Kubang Menerong, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Shabudin Yahaya.

Mohamad Yasid berkata, KEMAS mempunyai 11,900 tabika dan taska seluruh negara membabitkan kira-kira 200,000 murid.

“Sepanjang tabika dan taska dibenarkan dibuka semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), KEMAS mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Apatah lagi,murid yang dibenarkan hadir juga antara 30 hingga 50 peratus sahaja setiap hari bergantung pada keluasan kelas yang kita masih lagi mengamalkan sistem ini sehingga keadaan kembali normal seperti biasa,” katanya.

Semalam, 287 kes baharu Covid-19 dilaporkan iaitu tertinggi setakat ini dengan 11,711 kes di seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Kiriman Terkini

    • China Wantian Announces its Annual Results
    • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
    • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
    • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
    • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.